Popular Posts

Saturday, April 14, 2012

Home

AN-NUR AIR PENAWAR DIABETIS


PENYAKIT DIABETIS / KENCING MANIS
Diabetis atau bahasa hariannya dikenali sebagai Kencing Manis. Penyakit ini adalah disebabkan kandungan Glukosa Dalam Darah yang tinggi terutama selepas pengambilan makanan pada pengidapnya. Tahap normal kandungan gula dalam darah seseorang adalah 4.0mmol - 5.9mmol.


PERAWATAN  ISLAM
Dalam Perawatan Cara Islam, terdapat berbagai-bagai cara dan ayat-ayat Al-Quran yang boleh digunakan sebagai jampi untuk menyembuhkan penyakit.


Nabi telah bersabda:
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

PERUBATAN ORANG ZAMAN DULU-DULU
Pada zaman dahulu, tiada doktor atau Perubatan Moden. Kerana sifat Maha Pengasih Allah, maka Dia kurniakan kepada seseorang manusia kebolehan untuk mengubati penyakit, sihir, gangguan misteri dan sebagainya. Kebanyakkannya dapat dilihat contoh Rasulullah s.a.w sendiri boleh mengubati serta Baginda juga sering memberikan ayat-ayat Al-Quran sebagai penguat batiniah diri manusia. Salah satu contoh ialah Baginda s.a.w menyarankan kepada Saiditina Aishah R.A agar membaca 3 Kul sebelum tidur kemudian dihembus pada kedua tapak tangan dan dilurutkan dari kepala hingga ke kaki bagi mengelakkan mimpi buruk.

Salah satu kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq pula ialah dimana ada satu ketika yang mana seorang penduduk diganggu oleh jin. Kemudian Abu Bakar menyuruh dipengadu itu membawa seliparnya ke rumah penduduk yang sering diganggu itu. Mendengar sahaja suruhan Abu Bakar itu, jin-jin yang sering mengganggu itu terus lari padahal belumpun sempat selipar Abu Bakar sampai kerumah orang tersebut. Begitu juga jka kita lihat kisah-kisah wali Allah yang mana sering diminta air penawar bagi mengubati penyakit. 

Begitu juga sejarah-sejarah ulama-ulama di Malaysia yang mana mereka sering dikunjungi masyarakat bagi mendapatkan air penawar. Dari kisah-kisah ini, sebenarnya memperlihatkan kekuatan amalan seseorang itu yang mana kata-kata (doa) mereka itu dimakbulkan Allah.




BEBERAPA JENIS AIR PENAWAR
Air penawar ini terbahagi kepada beberapa jenis:
  1. Air Penawar dari Kolah Masjid - Mengapa air kolah masjid boleh menjadi air penawar? Ini kerana kolah itu tempat ramai manusia mengambil wuduk. Jadi ia mempunyai berkat dari Allah.
  2. Air Penawar Dari Bacaan Yassin & Solat Hajat - Seperti yang diketahui bahawa setiap titis air jika disumpah, molekul-molekul air itu menjadi rosak. Melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran, molekul air itu menjadi bersinar dan bercahaya. Sebab itu di dalam Islam, diajari supaya kita membaca "BISMILLAH" sebelum makan atau minum. Kajian tentang perubahan molekul air telah dibuat kajian oleh para saintis. Antaranya ialah Prof. Dr.Masaru Emoto katanya "Saya tidak mengetahui makna "BISMILLAH, tetapi saya rasa saya perlu mempelajarinya disebabkan kecantikkan molekul air yang dihasilkan ". Inilah luahan hati yang begitu jujur dari seorang pengkaji bukan Muslim.  (Sila Google The Miricle Of Water by Prof. Dr.Masaru Emoto")
  3. Air Penawar Semulajadi Kurniaan Allah - Terdapat juga air yang Allah kurniakan menjadi penawar semulajadi seperti Air Zam-zam atau Air Perigi yang mempunyai Keramat contohnya Air Perigi Telaga Tok Syeikh di Gunung Jerai.
  4. Air Penawar dari Geliga - Batu geliga merupakan salah satu hal-hal mistik. Namun ada yang mempunyai khasiat tersendiri kerana khasiat itu sendiri merupakan anugerah Allah terhadap batu-batu tersebut bagi merawat penyakit dan pesakit. Ramai yang suka menolak hal ini namun ianya adalah realiti (hakikat) kehidupan kerana ia memang wujud.
  5. Air Penawar dari herba dan akar kayu - Allah ciptakan tumbuhan dengan pelbagai fungsi. Ada yang dijadikan sebagai sayuran, atap, penyapu,buah-buahan dan juga dijadikan ramuan bagi merawat penyakit. Jika manusia itu meninggal pun, mayat itu dimandikan dengan daun bidara. Dalam perubatan Islam, daun sirih, pinang, daun nangka, kayu munggal dan sebagainya sering digunakan dalam merawat penyakit misteri. Tidak lupa juga tongkat Ali sebagai Penawar Kekuatan Batin kaum lelaki serta Kemuning Hitam sebagai penawar racun.
AN-NUR AIR PENAWAR DIABETIS
Air penawar ini merupakan air penawar hasil gabungan R.O water, Batu Dasar Laut Dalam dan Kayu Kemuning Hitam. Khasiatnya Insyaallah Mustajab kerana amat sukar untuk memperolehi Batu Didasar Laut Dalam ini. Allah telah mengurniakan batu ini kelebihan agar ia dapat berkhidmat untuk umat manusia bagi membantu dan penawar penyakit seperti Diabetis, Darah Tinggi, Barah, Mata rabun, Kanak-kanak malas belajar, juga sesuai kepada yang ingin menduduki Peperiksaan, Sihir, Gangguan Makhluk halus dan sebagainya. Alhamdulillah... Setakat ini An-Nur Air Penawar Diabetis mendapat respon yang positif daripada pengguna. Belum cuba belum tahu..

Air ini terlebih dahulu dibuat ke atasnya solat Hajat dan bacaan Yassin. Jadi seeloknya air ini tidak boleh dilangkahi atau dibuat perkara-perkara yang tidak elok. Semoga Anda mendapat Rahmat Allah melalui meminum air ini.. Insyaallah..

CARA PENGGUNAAN
Digalakkan minum air ini 3 liter sehari (sebotol 1.5L)
Jadikan sebagai air minuman seharian
Untuk mendapatkan kesan yang mustajab, amalkan lebih dari sebulan.
Bagi Muslim sebelum minum sebaiknya selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

HARGA
Harga Pasaran yang ditawarkan ialah RM5.00 sebotol (1.5 Liter)

PENGHANTARAN
Memandangkan perniagaan kami baru diperingkat awal serta melibatkan kos penghantaran bagi cecair adalah tinggi, jadi pihak kami mengambil inisiatif menggunakan kos penghantaran yang paling jimat. Setakat ini pihak kami menggunakan khidmat transport serta pengeposan melalui bas ekspress. Insyaallah pihak kami dalam proses mengembangkan para pengedar ke seluruh Semenanjung Malaysia.

PENGEDAR
  • Pihak kami menggalakkan warganegara menjadi Pengedar seluruh Malaysia.
  • Modal menjadi pengedar hanya sebanyak RM2000 sahaja.
  • Mereka yang ingin menjadi pengedar hendaklah menghantar dokumen seperti berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Bil Elektrik Premis/Rumah
  3. Salinan Bank-in/transfer interbank untuk modal RM2000
Insyaallah...Pihak kami akan menghantar stok terus ke premis anda.
Kos pengangkutan akan dirunding kemudian.

*Makluman: Air ini tiada sebarang kaitan dengan An-Nur Health Group.

No comments:

Post a Comment